Cara Kawal Perbelanjaan Ketika Musim Virus Covid19

Pada Tahun 2020, kita telah dikejutkan dengan kemunculan satu virus yang mengganggu sistem pernafasan manusia. Virus Covid19 yang mula dikesan di Wuhan, China telah merebak hampir keseluruh dunia. Sehingga kini masih belum dapat ubat yang mampu merawat virus ini.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam menghadapi situasi ini. Perintah kawalan berkurung dari rumah bermula pada 14 Mac 2020 sedikit sebanyak meyebabkan ekonomi Malaysia sedikit perlahan. Kerajaan juga memberi beberapa inisiatif ransangan ekonomi untuk semua golongan. Bermula dari keluarga hinggalah para peniaga.

Jadi, apa tindakan kita ketika berada di rumah? Untuk menghadapi kemungkinan yang akan datang sepanjang tempoh kawalan. Beberapa langkah penjimatan perlu dilakukan . Ia bermula dari rumah.

1) Penjimatan Elektrik.

Seperti sedia maklum, dalam tempoh kawalan hampir 24 jam kita berada di dalam rumah. Penggunaan tenaga elektrik akan meningkat sekali ganda atau mungkin lebih dari kita bekerja. Penggunaan TV dan penghawa dingin sepanjang hari membantu meningkatkan bil elektrik. 

Apa yang boleh anda lakukan, cabut segala plug yang tidak digunakan. Antara charger handphone, iron. Untuk penggunaan aircond cuba set timer ketika waktu anda hendak tidur. Aircond akan berhenti secara auto dan elak penggunaan aircond yang berterusan. 

2) Berbelanja Bahan Basah Dan Kering

Dalam tempoh kawalan selalunya akan ada pembelian panik dari kalangan pengguna lain. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, rancang awal sebelum membuat pembelian. Semasa merancang, anda tahu lokasi untuk membuat pembelian. Selain menjimatkan masa, cara ini dapat menjimatkan minyak petrol dan mengurangkan risiko anda kena beratur panjang di pasar raya. Pastikan langkah - langkah keselamatan risiko jangkitan dilakukan.

3) Pantau Bil Semasa Dalam Tempoh Kawalan

Sepanjang tempoh kawalan, pantau bil - bil penggunaan elektrik, air dan telefon. Jika pengunaan lebih dari sekali ganda bil sebelumnya, hadkan penggunaan. Ini bukan sahaja dapat membantu mengawal peningkatan bil, langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan. 

4) Simpanan Kecemasan.

Inisiatif kerajaan membantu para peminjam - peminjam yang terjejas untuk memberi kelonggaran untuk tidak membayar pinjaman selama 6 bulan perlu ambil peluang ini untuk menyimpan sedikit wang dalam tabung simpanan kecemasan. Dengan keadaan semasa yang belum nampak lagi akan berhenti, risiko kesihatan pasti akan memerlukan perbelanjaan lebih. Jadi mulakan simpanan sekarang

Akhir sekali, apa yang boleh kita lakukan kawal perbelanjaan. Tempoh kawalan pergerakan selalunya mengambil masa yang lama. Kita tidak tahu apa akan jadi dalam tempoh itu. Sama ada akan kembali pulih seperti biasa, atau sebaliknya.

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=12754_63

No comments:

Post a Comment

ads3